Anggota polis disaman, guna peranti pintar semasa memandu

oleh Mohamad Hanif|
Seorang anggota polis disaman kerana menggunakan alat komunikasi ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian itu berlaku pada 9 pagi Ahad ketika anggota terbabit memandu Proton Preve yang berlogo pasukan polis.

“Anggota polis terbabit sudah dipanggil untuk siasatan dan saman dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan mengikut Kaedah 17(A) LN166/59.

“Kejadian berkenaan tidak membabitkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika bertugas.

Semalam, satu klip video 14 saat tular di media sosial menunjukkan seorang anggota polis menggunakan alat komunikasi (telefon pintar) ketika memandu.

Orang ramai meminta tindakan tegas, sama seperti yang dikenakan terhadap orang awam, diambil ke atas anggota polis itu kerana melanggar undang-undang jalan raya.

Sumber: FMT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pengenalan kad generasi baharu ini, para pengguna boleh terus melakukan tambah nilai…
Berita Global
Malah, Zhejiang Geely Holding berazam untuk melancarkan peranti pintar pertama mereka pada tahun…
Berita Domestik
Aplikasi ini menawarkan kemudahan pembayaran tanpa tunai, pengumpulan serta penebusan mata ganjaran…