Pemilik BMW boleh guna peranti Android sebagai kunci digital

oleh Mohamad Hanif|
Tidak semua orang gemar dengan peranti berjenama Apple, ada yang lebih menggemari peranti Android disebabkan tahap versatilitinya dan boleh diubahsuai mengikut citarasa pemilik.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Berita baik, para pemilik kereta BMW kini boleh mengaktifkan ciri Digital Key Plus dengan menggunakan peranti pintar Android.

Ini bermakna, peranti pintar Android tersebut boleh digunakan untuk mengunci dan membuka kunci kereta, menghidupkan enjin dan banyak lagi.
 

kunci


Sistem kunci digital telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu, namun dengan kemaskini Digital Key Plus, para pemilik tidak lagi perlu mengeluarkan peranti pintar untuk mengakses dan menghidupkan kenderaan mereka.

Sebaliknya, peranti Digital Key Plus boleh disimpan di dalam poket dan fungsi yang diinginkan itu akan diaktifkan secara automatik.

Tidak semua peranti pintar Android boleh digunakan untuk fungsi Digital Key Plus.

BMW menyenaraikan model-model seperti Samsung Galaxy S23+ dan Ultra, diikuti Google Pixel 7 Pro dan sesetengah model Samsung/Google yang menggunakan OS Android 13.1 dan ke atas.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, pemandu Perodua Bezza itu dari Sungai Petani menuju ke Taman Kristal Mount Erskine…
Berita Domestik
Kelab yang mempunyai hampir 25,000 orang pengikut di laman Facebook rasmi mereka itu (BMW GS Owners…
Berita Global
Bermula dari kenderaan yang wujud dari platform Neue Klasse, BMW akan menggunakan awalan 'i' untuk…