SAH: Apple kuburkan projek EV swapandu

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan, sumber: Instagram apple_addictfr
Setelah lebih daripada satu dekad, gergasi teknologi Apple akhirnya secara rasmi menguburkan projek kereta elektrik swapandu (Project Titan), menurut laporan Reuters.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman Bloomberg, sebahagian kecil daripada jumlah tersebut akan dipindahkan masuk ke dalam pasukan AI Apple.

Project Titan dimulakan pada tahun 2014 melihatkan kepada peningkatan minat terhadap kenderaan swapandu pada ketika itu.

Dalam laporan terdahulu, Apple bercadang untuk melancarkan kereta tersebut seawal tahun 2024 atau 2025, sebelum ia ditangguhkan ke tahun 2028.

Projek tersebut dilapor berdepan masalah selepas perbincangan yang dibuat dengan Kia dan Hyundai menemui jalan buntu.

Malah sebelum ini, Apple telah membuang ramai pekerja yang terlibat selain berdepan dengan skandal bekas pekerja mencuri teknologi yang telah dibangunkan.

Sumber: Reuters, Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, projek ini semakin bermasalah dengan pelancaran ditangguh ke 2028…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…