Pelancaran kereta Apple ditunda ke 2028

oleh Penyumbang Rencana|
Project Titan ialah inisiatif Apple untuk melancarkan kereta elektrik swapandu pertama mereka.

Walaupun sudah 10 tahun diusahakan, Apple masih belum melancarkan kenderaan ini selepas usaha sama dengan Kia dan Hyundai menemui jalan buntu beberapa tahun lalu serta Sir Jony Ive yang terlibat dengan rekaan telah meninggalkan syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Bloomberg, projek ini semakin bermasalah dengan pelancaran ditangguh ke 2028 berbanding sasaran asal yang dipercayai pada tahun 2025.

Antara isu paling utama ialah sasaran swapandu Tahap 4 yang tidak memerlukan sebarang campur tangan manusia.

Sasaran kini telah direndahkan ke Tahap 2+ yang setanding dengan beberapa kenderaan swapandu di jalan raya sekarang.

Teknologi swapandu tidak berkembang dengan pesat seperti yang disangka. Mercedes ialah satu-satunya syarikat yang menawarkan swapandu Tahap 3 pada siri EQS mereka tahun lalu.

Pembangunan EV swapandu Apple ini amatlah bermasalah dengan ramai pekerja dibuang pada tahun 2019 dan projek dimulakan semula pada tahun 2016.

Berlaku juga skandal apabila bekas pekerja telah mencuri teknologi yang dibangunkan.

Jelas dunia automotif adalah lebih sukar untuk Apple berbanding produk-produk yang pernah dilancarkan sebelum ini.

Ia berbeza sekali dengan Xiaomi yang berjaya melancarkan EV pertama mereka dalam masa hanya empat tahun selepas pengumuman dilakukan.

 

Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…