BETUL KE GUNA LAIN PERANTI, HARGA TIKET PENERBANGAN PUN LAIN?

oleh Firdaus Razani|
Kebiasaanya jika lakukan tempahan atau pembelian untuk tiket penerbangan, harga bagasi tambahan akan menjadikan harga tiket berbeza dari harga biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut jenis peranti yang digunakan semasa membuat penambahan tersebut.

Antaranya daripada pengguna X @kaiyumi42 yang berkongsi tangkap layar yang menunjukkan bayaran bagasi tambahan (add-on baggage), yang berbeza apabila tempahan dibuat di telefon pintar Honor X9, komputer Windows dan juga iPhone.

Hasil daripada penemuan tersebut, harga di iPhone adalah paling mahal iaitu hampir RM20 berbeza dengan harga di telefon Honor X9.

Selain itu, di tiktok pula, pengguna @aurizn berkongsi video tentang penemuan yang serupa hasil dari cuba membuat carian dan menambah bagasi untuk penerbangan yang sama.

@aurizn AirAsia love iPhone users 🥹 #tiktokmalaysia ♬ original sound - aurizn

Apa yang ditemuinya, harga di iPhone lebih mahal berbanding harga di telefon Android atau komputer Windows.

Dari laman SoyaCincau.com, mereka turut mencuba lakukan tempahan penerbangan yang sama menggunakan empat peranti yang berbeza untuk melihat sama ada perkara tersebut benar atau tidak.

 

soyacincau

 

Hasil carian mereka bagi penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Alor Setar menggunakan empat peranti berbeza dengan bagasi tambahan 15kg :

-Telefon pintar Oppo : RM27.20

-Komputer windows : RM35.20

-iphone : RM42.24

-Tablet Samsung : RM42.24

 

Menurut mereka juga, ada yang mengatakan Apple mengenakan cas komisen sebanyak 30 peratus untuk pembelian dalam aplikasi, tetapi perbezaan itu tidak dapat disahkan dari peranti android.

Malah, dalam beberapa carian penerbangan lain, harga bagasi di iphone lebih murah berbanding peranti lain, oleh itu harga tersebut adalah tidak tetap, dan sentiasa berubah.

 

SUMBER : SOYACINCAU

Berita Berkenaan

Informasi
"Dalam Semenanjung kita tak ada harga maksimum sebab di Semenanjung ada pilihan pengangkutan lain…
Berita Domestik
"Kita faham buat masa ini harga tiket penerbangan tinggi dan antara faktor peningkatan ini adalah…
Berita Domestik
Selain itu, katanya, ia tidak memberi motivasi syarikat penerbangan yang mungkin mengambil langkah…