Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa Apple ialah "Kubur Tesla", dan menerangkan syarikat peranti itu mengambil kebanyakan pekerja-pekerja yang telah dibuang dari Tesla.
Namun begitu, penerangan Elon tentang penghasilan sebuah kenderaan memang tepat. Elon berkata, membina sebuah kenderaan tidaklah semudah membina sebuah telefon pintar.
"Anda tidak boleh pergi ke Foxconn (vendor utama Apple) dan menyuruh mereka untuk bina sebuah kereta untuk anda," ujar Elon.
Ternyata apa yang dikatakan oleh Elon itu benar dan kerana Apple sudah menghentikan projek EV mereka secara rasmi.
Namun begitu, ada pakar industri yang berpendapat Apple melihat kesan peperangan harga yang berlaku dari pengeluar EV China serta kebangkitan semula konsep hidrogen dari syarikat kenderaan Eropah dan Jepun yang disokong oleh gergasi-gergasi petroleum di mana ia menunjukan Battery EV (BEV) mungkin bukan teknologi mutlak kereta di masa hadapan.
Apa pendapat anda?