Rolls-Royce Ghost Extended 2021 tawar ruang kaki yang sangat-sangat luas!

oleh Mohamad Hanif|
Awal bulan yang lalu, Rolls-Royce telah pun rasmi melancarkan sedan ultra-mewah Ghost generasi baharu dan versi yang diperlihatkan kali ini merupakan varian jarak antara roda (wheelbase) yang lebih panjang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Digelar sebagai Ghost Extended, sedan ini menawarkan ruang kaki yang lebih luas berbanding mana-mana sedan yang pernah dihasilkan oleh syarikat Goodwood itu.

Penghasilan sedan panjang ini merupakan hasil daripada maklum balas daripada para pelanggan Rolls-Royce yang lebih menggemari khidmat pemandu peribadi dan oleh sebab itu ia memiliki dimensi 5,716 mm, 170 mm lebih panjang berbanding Ghost standard.


Jarak antara roda sudah semestinya bertambah panjang daripada 3,295 mm kepada 3,465 mm dan menjadi lebih berat 46 kg berbanding Ghost standard.

Untuk memastikan rekaan Ghost Extended ini tidak keterlaluan (akibat pertambahan dimensi), para pereka hanya menambah panjang pada bahagian pintu belakang sahaja, sementara pintu depan masih lagi dengan dimensi yang serupa.

Untuk ruang penumpang (atau tempat duduk Dato' Papa Megah Holding) Ghost Extended kini didatangkan dengan ciri tempat duduk Serenity yang boleh diubah sudutnya, sementara di bahagian tengah pula terdapat peti sejuk untuk menyimpan 'jus oren' dengan dua mod suhu sejukan, iaitu 6°C and 11°C.

 


Dari segi kuasa, Ghost Extended masih lagi kekal dengan nadi bentangan V12 turbo berkembar 6.75 liter yang menghasilkan 563 hp dan 850 Nm.

Walaupun dengan pertambahan berat, Rolls-Royce Ghost Extended masih lagi mampu memecut 4.6 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan maksimum 250 km/j (dihadkan secara elektronik).

Baca: Rolls-Royce Ghost 2021

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, seperti yang anda teka dan lihat, Ghoster dibina daripada sedan mewah Rolls-Royce Ghost, dengan…
Berita Global
Anda boleh ikuti contoh bilionwan dari China, di mana beliau menggemparkan dunia maya dengan…
Berita Global
Namun, bagi anak-anak muda yang mahukan penampilan mereka dikesan dengan mudah, jasa baik dan…