Biemme Special Cars Ghoster - kereta mayat mewah untuk golongan VVIP

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat pembina kereta mayat dari Itali, Biemme Special Cars telah memperlihatkan projek terbaharu mereka yang dinamakan sebagai Ghoster.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, seperti yang anda teka dan lihat, Ghoster dibina daripada sedan mewah Rolls-Royce Ghost, dengan jarak antara roda yang kini lebih panjang dan penambahan ruang yang mencukupi untuk meletakkan keranda di belakang.

Untuk bahagian tersebut, Biemme Special Cars telah menggunakan struktur kerangka tiub keluli yang kemudian dipadankan dengan tingkap kaca yang agak besar.
 

ghoster


Urusan memuatkan keranda keluar dan masuk dari kereta mayat ini dibantu dengan platform berkuasa elektrik, diikuti dengan sistem pencahayaan yang agak terang.

Biarpun dengan penambahan struktur yang agak besar, ruang penumpang belakang sedan ini masih lagi dikekalkan, membolehkan sehingga empat orang penumpang naik untuk menemani jenazah dalam perjalanan terakhir ke alam seterusnya.

Untuk menjadikan perjalanan terakhir tersebut lebih senyap, pihak Biemme telah menambah penebat bunyi sebanyak 100 kg pada ruang kabin, diikuti kemasan kayu Briar, meja boleh lipat dan juga sebuah bar mini.
 

ghoster


Sistem audio berkuasa tinggi 1,300 watt dengan 18 pembesar suara boleh diaktifkan sekiranya penumpang tidak selesa dengan keadaan yang terlalu senyap itu.

Tiada sebarang perubahan terhadap nadi asal, bermakna Ghoster ini kekal dengan enjin bentangan V12 6.75 liter turbo berkembar, dengan hamburan kuasa 562 hp dan 850 Nm.

Selain daripada Rolls-Royce Ghost, Biemme turut membina kereta mayat menggunakan asas daripada model Jaguar, Maserati, dan juga Mercedes-Benz. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kebiasaannya, kereta mayat akan menggunakan asas daripada sedan bersaiz besar (dengan jarak antara…
Berita Global
Coleman Milne BINZ.E merupakan sebuah Tesla Model S yang direka sebagai kenderaan terakhir sebelum…
Berita Global
  Difahamkan, satu lagi mayat masih berada dalam kenderaan jenis Lincoln Navigator itu ketika…