Rolls-Royce Ghost Mansory untuk anak orang kaya yang mahu menunjuk

oleh Mohamad Hanif|
Standard dari kilang, Rolls-Royce Ghost generasi baharu tidak memerlukan apa-apa modifikasi bagi menunjukkan kegagahannya di atas jalan raya.

Namun, bagi anak-anak muda yang mahukan penampilan mereka dikesan dengan mudah, jasa baik dan kepakaran Mansory boleh dicurahkan ke atas sedan yang berharga $332,500 ini atau RM1.45 juta di Malaysia.

Baca: Rolls-Royce Ghost 2021

 


Kalau versi standard Ghost tampil elegan, sentuhan Mansory ini membuatkan Ghost menjadi lain daripada yang lain, terima kasih kepada penawaran kit badan gentian karbon seperti splitter hadapan, skirt sisi, spoiler trunklid, spoiler kedua yang terpasang pada bumbung, serta diffuser.

Ciri gril hadapan beriluminasi nampaknya turut mendapat sentuhan Mansory, sementara bahagian belakang pula dikemaskan dengan tip ezos yang unik.

 


Untuk ruang kabin, Mansory telah menggunakan gandingan kulit berwarna putih dan Orange Mandarin pada tempat duduk, konsol tengah, terowong transmisi, papan pemuka serta panel pintu. Roda stereng juga datang dalam rekaan serba baharu.

Modifikasi turut dilakukan terhadap unit enjin, di mana nadi 6.75 liter V12 itu telah dinaiktaraf ECU-nya, serta padanan sistem ekzos sports serta penukar bermangkin berprestasi tinggi.

 


Secara keseluruhan, enjin tersebut berupaya menghamburkan kuasa setinggi 720 hp dan 1,020 Nm, membolehkan pecutan kereta seberat 2.5 tan ini diselesaikan dalam masa 4.4 saat sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Masih lagi menggunakan asas daripada G 63 AMG, enjin asal 4.0 liter V8 turbo berkembar itu telah…
Berita Global
Kit badan gentian karbon yang dihasilkan itu turut merangkumi pemasangan splitter unik, kemasan…
Berita Global
Seperti biasa, apa yang dibawakan oleh Mansory ternyata menjadikan penampilan asal sedan S-Class…