Risau tertinggal penumpang? Teknologi Nissan ini beri amaran dengan hon automatik

oleh Muhammad Md Tajudin|
Tahukah anda kebanyakan alas kaki kereta bahagian pemandu sekarang ini mempunyai cangkuk di lantai? Tujuannya supaya alas kaki tersebut diikat pada cangkuk dan tidak bergerak sehingga ke pedal.

Binaan yang ringkas itu sebenarnya penting kerana terdapat risiko alas kaki akan terangkat sehingga ke pedal dan menyebabkan kereta bergerak tanpa sedar.

Ini ada satu lagi inovasi ringkas tetapi mempunyai fungsi penting. Teknologi Rear Door Alert (RDA) diperkenalkan Nissan khusus untuk pemandu supaya memeriksa bahagian penumpang belakang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan RDA

 

Sistem RDA berfungsi dengan membuat pengawasan apabila pintu belakang dibuka dan ditutup sebelum dan selepas kenderaan bergerak.

Apabila pintu belakang digunakan sebelum memulakan perjalanan dan tidak dibuka selepas kereta diparkir, sistem RDA akan memberi peringatan kepada pemandu.

Peringatan pertama dibuat melalui makluman pada panel instrumen meter. Jika pemandu terus keluar tanpa mengendahkan pintu belakang, RDA akan membunyikan hon secara automatik.

 

Nissan RDA

 

Bilakah sistem ini benar-benar berfungsi? Sebagai contoh anda membuka pintu belakang dan meletakkan dokumen sebelum kereta bergerak.

Setibanya anda ke destinasi dan terus keluar daripada kereta tanpa membuka semula pintu belakang, sistem RDA akan membunyikan hon secara automatik.

Sistem begini sangat bagus terutama sekali apabila anak kecil duduk di belakang dan menjadi peringatan kepada pemandu mengenainya. Sistem ini berupaya mencegah pemandu daripada tertinggal penumpang di belakang.

 

Nissan Versa

 

Di Amerika Syarikat Nissan telah melengkapi RDA sebagai ciri standard untuk model keluaran 2019 seperti Altima, Armada, LEAF, Murano, Maxima, Pathfinder, Rogue, Rogue Sport (2019.5) dan TITAN (King Cab dan Crew Cab).

Untuk model 2020 pula, RDA dilengkapi pada Versa SV dan SR (Almera) baharu.

Memandangkan sistem ini begitu berguna diharapkan ia turut diperkenalkan oleh pengeluar lain dan menjadi kelengkapan standard untuk setiap model.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…