RFID Touch n Go bakal menyokong pembelian petrol, parkir dan 'drive thru'

oleh Mohamad Hanif|
Dalam masa yang sama Touch n Go membentangkan garis masa pelaksanaan penggunaan tag RFID di seluruh negara, penyedia perkhidmatan pembayaran nirtunai itu juga turut mendedahkan perancangan yang menarik berkenaan penggunaan tag tersebut.
Modenas

Ini bermakna, selain daripada penggunaan pembayaran tol di lebuhraya, tag RFID Touch 'n Go juga bakal diperluaskan kepada penggunaan pembayaran nirtunai yang lain. 
 


Mengikut garis masa, penggunaan tag RFID akan mula berkuatkuasa di kesemua lebuhraya kendalian PLUS pada 1 April 2020. 

Bermula suku ketiga tahun ini (Q3 2020), penggunaan RFID akan diperluaskan penggunaannya kepada kawasan parkir kenderaan, stesen minyak (Q4 2020) serta restoran makanan segera yang mempunyai perkhidmatan pesanan pandu lalu (Q1 2021).
 


Tambahan pula, pihak Touch 'n Go sedang mempertimbangkan opsyen pemasangan sendiri tag RFID kepada pengguna bagi menggalakkan dan memperluaskan lagi kegunaan tag tersebut di kalangan rakyat Malaysia. 

Harga untuk pemasangan tag RFID akan dikenakan sebanyak RM35 bermula 15 Februari ini. 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selaras dengan hasrat Kerajaan ke arah pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) untuk…
Berita Domestik
Menurut Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS berkata, "teknologi RFID membolehkan transaksi tol…
Berita Domestik
Langkah ini adalah sejajar dengan visi kerajaan untuk memperkenalkan Sistem Aliran Bebas Pelbagai…