88 stesen Shell Malaysia kini sokong pembayaran guna RFID Touch 'n Go

oleh Mohamad Hanif|
Pengguna Shell di Malaysia kini boleh melakukan pembelian bahan api petrol di stesen minyak di seluruh negara menggunakan pembayaran tanpa sentuhan dan tanpa tunai RFID Touch 'n Go.

Sehingga kini, terdapat 88 buah stesen minyak Shell di seluruh negara yang menyokong cara pembayaran menggunakan tag RFID.
 

SHELL


Bagi mereka yang sudah pun mempunyai tag RFID yang dipasang pada kenderaan, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mencari logo Shell di dalam aplikasi eWallet Touch 'n Go, dan seterusnya mengaktifkan cara pembayaran pembelian petrol menerusi RFID.

Selepas pendaftaran sekali itu selesai, pengguna hanya perlu mencari pam petrol yang mempunyai logo RFID.
 

SHELL


Kenderaan yang sudah berdaftar akan dikesan secara automatik oleh sistem dalam tempoh beberapa saat dan pembayaran akan ditolak daripada baki eWallet Touch 'n Go pelanggan selepas pengisian bahan api dibuat.

Mana-mana amaun yang tidak digunakan akan dipulangkan semula kepada akaun eWallet Touch 'n Go pelanggan.
 

SHELL


Serentak dengan itu, Shell dan Touch 'n Go turut melancarkan kempen bermula 10 Ogos hingga 16 September 2022, di mana 25,000 orang pelanggan pertama yang membuat pengisian bahan api dan membayar menggunakan tag RFID akan mendapat pulangan tunai berjumlah RM10 dengan setiap pembelian bahan api minimum RM50.

Hanya pengguna kali pertama ciri ini sahaja layak untuk mendapatkan pulangan tunai sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Berita Berkenaan

Informasi
  Walaupun pihak RapidKL berkata bahawa mereka akan memperbaiki masalah ini secepat mungkin,…
Berita Domestik
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, lebuh raya yang terlibat…
Berita Domestik
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "Touch 'n Go telah beroperasi sejak…