Malah, pembayaran tol menggunakan RFID bakal diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna kenderaan kelas pertama bermula 15 Januari ini di sepanjang laluan Lebuhraya Utara Selatan bermula dari Plaza Tol Juru, Pulau Pinang sehingga Plaza Tol Skudai, Johor.

Dalam pada itu, laman web Jom RFID baru-baru ini dilihat telah menambah pilihan pembayaran alternatif tanpa tunai menggunakan kad debit dan kredit yang bakal dilaksanakan kelak.
Menurut laman web itu lagi, ujian rintis pembayaran alternatif itu sedang dijalankan di beberapa plaza tol terpilih, dan berkemungkinan besar kita akan dapat melihat pelaksanaannya dalam tempoh terdekat.