Menurut laporan daripada Amanz, pengguna perlu mengaktifkan terlebih dahulu fungsi pembayaran menggunakan tag RFID menerusi aplikasi e-dompet Touch 'n Go sebelum menuju ke stesen minyak.
Di stesen minyak yang mengambil bahagian, pengguna hanya perlu mencari pam berlabel TNG RFID dan panel paparan di pam akan memaparkan proses pengesahan sebelum pengguna dibenarkan membuat pengisian bahan api.
Namun pengguna perlu membuat pengisian dalam tempoh 80 saat selepas berhenti di pam TNG RFID, atau mereka perlu membuat pembayaran seperti biasa menerusi tunai atau kad.

Setakat ini, lima buah stesen minyak Shell akan menawarkan pembayaran menerusi tag RFID iaitu:
- Shell Bandar Sri Menjalara
- Shell Mint Hotel
- Shell NKVE Damansara
- Shell Taman Connaught
- Shell Taman Tun Dr Ismail
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web Soalan Lazim TNG RFID Fuelling Pilot Programme Shell Malaysia.
Sumber: Amanz, Shell - FAQ