Renault perlihat dua konsep campervan - Space Nomad & Hippie Caviar Hotel

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan Dusseldorf Motor Show, Renault membawakan dua buah model campervan - Renault Trafic Space Nomad dan model pameran konsep Hippie Caviar Hotel.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Renault Trafic Space Nomad

Trafic


Renault Trafic Space Nomad boleh didapati dalam dua versi dimensi dan konfigurasi tempat duduk yang mampu memuatkan empat atau lima orang pada satu-satu masa.

Namun, kedua-duanya dilengkapi dengan bumbung jenis pop-out yang mampu memuatkan katil berdimensi 1200 mm x 2000 mm, serta bangku belakang yang boleh juga dijadikan sebagai tilam berdimensi 1240 mm x 1880 mm.
 

Trafic


Ruang dapur kecil di bahagian belakang pula menempatkan dua dapur pembakar, peti sejuk 49 liter, serta meja yang boleh dilipat dan dialihkan.

Tidak cukup dengan itu, Renault Trafic Space Nomad ini juga turut menyediakan kemudahan pancuran air di luar, serta bumbung kanopi yang boleh dibuka dan disimpan kembali.
 

Trafic


Pembeli boleh mendapatkan Renault Trafic Space Nomad berkuasa 110 hp dengan pilihan transmisi manual sahaja, atau enjin berkuasa 150 hp/170 hp yang boleh didapati dalam versi automatik sahaja.

Walaupun ia sebuah campervan, Space Nomad tetap hadir dengan ciri keselamatan seperti brek kecemasan aktif, amaran keluar laluan, sistem pemantauan pemandu serta amaran titik buta.

Space Nomad ini boleh didapati menjelang awal tahun 2022 di pasaran Switzerland, Jerman, Austria, Belgium, Denmark dan Perancis.

 

Renault Trafic Hippie Caviar Hotel

Trafic


Seperti yang diperlihatkan sebelum ini, Renault Trafic Hippie Caviar Hotel merupakan campervan berkonsepkan hotel lima bintang, dan menampilkan penggunaan bahan serta rekaan yang serba mewah.

Antara ciri menarik adalah rekaan katil yang boleh ditarik ke luar pada bahagian belakang bagi mewujudkan suasana rehat yang lebih terbuka, selain pemasangan tirai untuk tujuan privasi.
 

Trafic


Katil tersebut boleh diubah menjadi tempat duduk sekiranya tidak digunakan.

Hippie Caviar Hotel turut menyediakan ruang rehat di atas bumbung yang menempatkan meja kopi serta dua tempat penyandar yang boleh dicabut.

Penggunaan bahan premium yang nampak mahal juga merupakan sebahagian daripada pengalaman menggunakan Hippie Caviar Hotel, di mana papan pemuka menampilkan bahan kulit, diikuti dengan bahan kayu, linen, bulu serta busa berasaskan tumbuhan, sementara bahagian luar didatangkan dalam kombinasi warna Almond Flakes dan Anodised Silver Grey.

 

Trafic


Konsep hotel lima bintang yang diperkatakan itu sebenarnya merupakan perkhidmatan penghantaran makanan yang disediakan oleh Renault dengan menggunakan dron.

Selain itu, Renault juga turut menyediakan kontena logistik yang menempatkan kemudahan tambahan seperti bilik pancuran air, tandas, serta poin pengecasan elektrik yang boleh dihantar ke mana-mana sahaja berdasarkan permintaan pelanggan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…