Pesta outdoor Off The Grid 2024 bakal gegarkan MAEPS 23-25 Februari ini

oleh Mohamad Hanif|
Art of Speed Malaysia dijangka bakal menggegarkan kembali tapak Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada hujung bulan ini menerusi penganjuran Off The Grid (OTG).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024 bakal menjadi platform segmen tersebut dengan menyasarkan kunjungan sehingga 30,000 orang.

Berlangsung di Dewan A MAEPS pada 23-25 Februari 2024, OTG 2024 akan menampilkan jenama-jenama outdoor seperti Montanic Adventure Store, Anbot Store, CampGuru, serta penampilan pertama jenama Indonesia, Eiger Adventure.
 

otg


Pengunjung juga akan dihidangkan dengan jenama gaya hidup outdoor seperti Pahlawan Store, Outside Malaysia, EcoFlow, serta aksesori kenderaan seeperti TJM 4x4, Titan Suspension dan bermacam-macam lagi.

Antara aktiviti menarik yang disusun untuk pengunjung OTG 2024 termasuklah:
• Brew Festa - konsep slow bar untuk pencinta kopi mempelajari teknik pembuatan kopi daripada barista
• BBQ Showdown - aktiviti memanggang daging di kawasan sebelah Dewan A yang akan dihoskan oleh MeatXpert Premium Butcher
• Makers Jamboree & Pasor Dinda Ladies Market - jualan barangan antik dan vintaj
• Skimpool - sukan air menggunakan papan skim serupa papan selaju, dianjurkan oleh La Rocka
 

kopi


• Roller Disko - kawasan luncur kasut beroda
• Cabutan Bertuah setiap jam - terbuka kepada pelawat yang membelanjakan Rm100 dalam satu resit, hadiah berupa peralatan perkhemahan, barangan jenama, pakaian outdoor dengan jumlah bernilai RM50,000
• Persembahan tradisional & Akustik
• Perhimpunan campervan
• Mini RC Crawler
• dan banyak lagi
 

otg


OTG 2024 akan menganjurkan Pertandingan Booth Terbaik terdiri daripada dua kategori, iaitu Booth Penjual Terbaik (Makanan dan Komuniti) serta Booth Jenama Terbaik, di mana pemenang setiap kategori akan memenangi tiket perjalanan untuk satu orang ke Jambori FIELDSTYLE 2024 di Nagoya, Jepun pada 18-19 Mei 2024 akan datang.

Pengunjung boleh mendapatkan pas hujung minggu OTG 2024 di dalam talian pada harga RM35.00*, atau RM50 sekiranya membeli secara terus di MAEPS.

Alternatifnya, mereka boleh mendapatkan tiket pas hari RM15.00* menerusi pembelian dalam talian, atau RM20.00 sekiranya membeli secara terus, sah untuk 1 hari sahaja.

Kanak-kanak bawah umur 12 tahun dan pemegang Kad OKU akan diberikan pengecualian bayaran masuk.

*tidak termasuk yuran pemprosesan RM3 setiap tiket

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara tersebut telah berlangsung di Dewan A Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) selama…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah…
Pelancaran Motosikal
Dari segi kuasa, Nightster 2022 dikuasakan oleh nadi v-twin Revolution Max 975T bersesaran 975 cc…