BRIDE Ergoster - sesuai untuk kereta kecil, selesa untuk pemanduan jarak jauh

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan penganjuran Japan Camper Show 2024 yang berlangsung di Makuhari Messe, Chiba pada 2 hingga 5 Februari ini, BRIDE akan mempamerkan barisan model tempat duduk terkini mereka.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang direka untuk para pemilik trak kecil dan juga campervan.
 

ergoster


Ergoster dibangun berdasarkan model tempat duduk Euroster II, dengan menampilkan rekaan bahu bersegi dan rekaan kusyen yang hampir rata untuk memudahkan urusan keluar dan masuk.

Selain daripada itu, BRIDE Ergoster juga direka untuk mengurangkan tahap kepenatan pemandu terutama selepas pemanduan jarak jauh.

Terdapat opsyen untuk memasang tempat letak tangan pada bahagian kiri dan kanan, di mana ia dijual secara berasingan.
 

ergoster


Ergoster menampilkan balutan bahan fabrik seakan suede, kulit PVC pada bahagian sisi yang tahan kotoran, air dan lelasan, sementara bahagian belakang pula menggunakan bahan fabrik.

Setiap model juga turut dilengkapi dengan ciri pemanas dan penderia tempat duduk.

Terdapat empat warna yang ditawarkan termasuklah gradation logo, hitam, charcoal gray dan merah.

BRIDE Ergoster akan mula dijual pada 1 Mac 2024, dengan harga jualan seperti berikut:
• Gradient logo BE - dari 159,500 yen (RM5,151)
• Black BE - dari 148,500 yen (RM4,796)
• Charcoal Gray BE - dari 148,500 yen (RM4,796)
• Red BE - dari RM148,500 yen (RM4,796)

Selain Ergoster, BRIDE akan mempamerkan tempat duduk Euroghost, Digo III Light Cruz, Zaou dan edirb 132V.

 

BRIDE Euroghost
BRIDE Digo III Light Cruz
BRIZE Zaou
BRIDE edirb132V


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika sebelum ini BRIDE telah menghasilkan pelitup muka BR3D dalam warna hitam, kali ini mereka…
Berita Global
Selain daripada itu, tahukah anda syarikat Jepun itu juga turut mengeluarkan produk pelitup muka?…