Renault Hippie Caviar Hotel - konsep campervan ala hotel lima bintang!

oleh Mohamad Hanif|
Renault bakal memperkenalkan sebuah model konsep campervan yang dibangunkan menggunakan asas daripada van komersial Renault Trafic, di mana ia membawakan konsep yang berbeza dan lain daripada yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konsep ini dinamakan sebagai Hippie Caviar Hotel dengan membawakan pendekatan yang berbeza dan lebih diperibadikan sesuai untuk mereka yang mahukan kelainan ketika bercuti.

Malah, menurut Renault, anda boleh mengimpikan layanan seumpama hotel lima bintang dengan menggunakan konsep Hippie Caviar Hotel ini.

 

Hippie


Pertama sekali, kemasan untuk ruang dalaman yang serba premium di mana salah satunya adalah kemasan cat washi (kertas Jepun - masih ingat Lexus UX?), selain bahagian bumbung yang menempatkan ruang rehat yang terdiri daripada meja kopi, serta tempat bersandar mudah alih.

Renault juga turut mendatangkan tempat duduk yang boleh dijadikan sebagai katil yang mudah alih, sementara bahagian tingkap pula dipasangkan tirai untuk tujuan privasi.

 

Hippie


Konsep hotel lima bintang yang diperkatakan itu tadi sebenarnya boleh dinikmati menerusi perkhidmatan kontena logistik yang boleh dihantar ke mana-mana sahaja yang diinginkan.

Di dalam kontena tersebut, ia menempatkan kemudahan seperti tandas, bilik air, serta kemudahan pengecasan untuk barangan elektrik.

 


Tidak cukup dengan itu, Renault turut menyediakan pelbagai jenis kemudahan yang boleh dipilih, dan semuanya boleh dihantar menerusi perkhidmatan dron!

Renault Hippie Caviar Hotel ini bakal diperlihatkan secara rasmi pada acara Caravan Salon 2021 di Dusseldorf, 27 Ogos ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…