Rakyat Malaysia lebih minat sedan Mercedes-Benz

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun sedan merupakan salah satu genre yang kian menghampiri kepupusan disebabkan populariti SUV, namun lain pula halnya di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu temu bual khas bersama ketua unit Pemasaran dan Jualan MBM, Michael Jopp menjelaskan, permintaan yang memberangsangkan bagi model sedan A-Class (dan juga GLA-Class) menyebabkan mereka membuat keputusan untuk memulakan proses pemasangan tempatan (CKD) bagi kedua-dua model tersebut.

Ini bermakna bagi mereka yang mahukan sebuah hatchback A-Class dan juga CLA-Class, pembeli boleh melakukan tempahan khas, namun dengan tempoh menunggu yang lebih lama, dan harga juga yang lebih tinggi.

Tambah Michael, memandangkan model-model C-Class kini sudah pun kehabisan stok, A-Class sedan CKD ini dijangka mampu untuk memenuhi permintaan terhadap sedan-sedan Mercedes-Benz sebelum model generasi baharu C-Class memasuki pasaran tempatan kelak.
 

A-Class


Selain daripada itu, faktor gangguan bekalan cip semikonduktor yang melanda dunia turut menjejaskan lagi tempoh menunggu bagi model-model CBU Mercedes-Benz.

Namun begitu, ia tidak memberikan kesan kepada model-model CKD yang dipasang di kilang Pekan, Pahang.

Menurut Michael lagi, pihak MBM akan cuba untuk meminimumkan tempoh menunggu dengan mengedarkan sebanyak mungkin kenderaan kepada para pelanggan sehingga hujung tahun ini.

Pihak MBM juga turut mengalu-alukan usaha kerajaan untuk melanjutkan lagi tempoh pengecualian cukai SST yang dijangka akan tamat pada penghujung tahun ini.

 

C-Class generasi W206

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…