Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris terjual, dengan 6,212 unit telah pun selesai diedarkan.
Model sedan S70 yang baharu sahaja dilancarkan beberapa bulan lepas menduduki tempat kedua dengan jumlah jualan sebanyak 2,314 unit, sekaligus menjadi model sedan segmen C yang paling laris di Malaysia.

Sebuah lagi model sedan Proton, iaitu Persona menduduki tangga ketiga dengan jumlah jualan 1,859 unit mengalahkan angka jualan SUV Proton X50 (1,816 unit), Proton Iriz (543 unit), Proton X70 (445 unit), Proton X90 (374 unit), dan Proton Exora (39 unit).
Sementara itu, Proton turut berjaya melonjakkan volum jualan eksport sebanyak 223 peratus kepada 346 unit pada bulan Februari.
Menurut Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar berkata, "untuk bulan kedua tahun ini Proton meneruskan trajektori positifnya dengan jualan yang disokong oleh permintaan domestik yang konsisten serta peningkatan pertumbuhan eskport.

"Kami mempunyai harapan yang tinggi untuk Proton S70 menguasai segmennya kerana penghantaran dijangka terus meningkat dalam beberapa bulan akan datang.