Skoda Octavia 2024 facelift, imej lebih garang, versi wagon masih tersedia!

oleh Mohamad Hanif|
Telah wujud di pasaran sejak 2020, generasi keempat Skoda Octavia akhirnya telah mendapat kemaskini pertengahan kitaran untuk model tahun 2024, membawakan perubahan dari segi rupa dan penawaran enjin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk golongan yang mahukan alternatif yang lebih praktikal.
 

octavia


Berbeza dengan model terdahulu, Octavia 2024 kini membawakan unit lampu utama dengan grafik LED yang lebih kompleks, serta rekaan bampar depan yang telah dikemaskini.

Pendekatan yang sama turut dibawakan pada bahagian belakang, di mana Skoda Octavia kini membawakan rekaan grafik LED yang lebih agresif, dan bampar yang telah disemak semula rekaannya.
 

octavia


Untuk ruang kabin pula, terdapat sistem kawalan iklim dua zon automatik, skrin kluster digital sebesar 10 inci yang boleh dipadankan dengan skrin infohibur 10 inci, atau opsyen skrin sebesar 13 inci.

Dari segi kuasa, Skoda menawarkan pelbagai jenis pilihan enjin petrol, diesel dan juga hibrid ringan.

Varian asas mendapat nadi 1.5 liter TSI berkuasa 114 hp/220 Nm atau 148 hp/250 Nm yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.
 

skoda


Sementara versi 2.0 TSI pula mampu menjana 201 hp dan 320 Nm yang dipadankan dengan kotak gear DSG dan sistem pacuan semua roda.

Versi diesel 2.0 liter TDI didatangkan dengan dua talaan berbeza, iaitu 114 hp/300 Nm yang dipadankan dengan kotak gear manual, atau 148 hp/360 Nm dengan transmisi DSG.

Sama juga halnya dengan versi hibrid ringan, di mana Skoda Octavia MHEV dengan enjin 1.5 liter itu hadir dengan dua talaan berbeza, iaitu 114 hp/220 Nm atau 148 hp/250 Nm, namun kedua-dua talaan ini dipadankan dengan kotak gear DSG.
 

skoda


Selain daripada penawaran varian biasa, Skoda Octavia juga turut tersedia dalam varian sporti vRS.

Tidak seperti model terdahulu yang tampil dengan pelbagai pilihan trenkuasa, Octavia vRS kini hanya dibekalkan dengan enjin 2.0 liter TSI berkuasa 261 hp sahaja, dipadankan dengan transmisi DSG yang memacu roda depan.
 

octavia


Ciri sporti yang dimuatkan termasuklah liang kemasukan udara berbentuk segi tiga pada bampar depan, tip ekzos berkembar, serta dua set rim yang berbeza rekaan. 

Sementara untuk ruang kabin pula terdapat tempat duduk bucket balutan suede hitam dan kemasan jahitan merah, diikuti dengan pedal aluminium, roda stereng tiga jejari RS dan trim stail karbon.
 

Skoda

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
City Hatchback kini kekal sebagai salah satu model hatchback terlaris dalam segmen Bukan Nasional…
Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini…
Berita Global
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Kia Carnival versi facelift itu kini membawakan muka…