PT KAI lancar perkhidmatan keretapi kelas mewah di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
PT Kereta Api Indonesia (KAI) dilaporkan sedang merancang pelancaran rasmi perkhidmatan kereta api kelas mewah jenis sleeper pada 12 Jun ini dengan menggunakan kereta api Argo Anggrek.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perjalanan tren Argo Anggrek ini bermula dari Stesen Gambir di Jakarta ke Stesen Pasarturi Surabaya di Jawa Timur sejauh 725 km dengan jumlah perjalanan sebanyak dua kali sehari. 
 


Antara keistimewaan yang diberikan oleh PT KAI kepada para pelanggan perkhidmatan ini ialah kerusi serba mewah dengan ciri urutan kuasa elektrik, TV 12 inci, port mengecas jenis USB, tray makanan boleh lipat, bantal serta selimut, ruang meletak kasut, majalah dan penyidai baju - hampir serupa dengan perkhidmatan yang diberikan untuk pelanggan penerbangan kelas bisnes. 

Sebuah koc mampu memuatkan sejumlah 18 orang penumpang sahaja dengan promosi tambang permulaan serendah Rp 900,000 (RM256.96++) sahaja sehingga bulan hadapan. 
 

Sumber: The Jakarta Post

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif tersebut bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan kebolehpercayaan perkhidmatan rel dan…
Berita Global
Menurut laporan Harian Metro, pelancong yang bernama Patrick Ward, 45, maut selepas terjatuh kira-…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata kejadian pada jam 9.40 pagi…