Prasarana naik taraf perkhidmatan kereta api dan bas melalui kemaskini umum berkala

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengendali bagi perkhidmatan rel (LRT, MRT dan KL Monorail) serta bas di bandar Malaysia, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah melancarkan inisiatif untuk memantau dan menjejaki Min Kilometer Antara kegagalan atau ‘Mean Kilometer Between Failures’ (MKBF) untuk perkhidmatan relnya.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif tersebut bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan kebolehpercayaan perkhidmatan rel dan bas Prasarana, serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dan melaksanakan langkah-langkah untuk menanganinya.

Inisiatif itu juga sejajar dengan matlamat Prasarana untuk mencapai sasaran MKBF sejauh 1 juta kilometer menjelang Suku Ketiga pada tahun 2026.

Langkah itu bakal memberi manfaat kepada penumpang dari sudut usaha berterusan dan konsisten dalam meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan rel Prasarana.

Menurut Prasarana, maklumat terkini mengenai MKBF akan didedahkan kepada umum pada setiap bulan.

 

2

 

Manakala maklumat mengenai penumpang, faktor muatan, kebolehpercayaan perkhidmatan, ketersediaan perkhidmatan dan kemudahan stesen perkhidmatan rel dan bas di bawah Rapid Rail dan Rapid Bus, akan dikongsikan pada setiap minggu.

Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, MKBF merupakan cara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk menilai kebolehpercayaan perkhidmatan.

Ianya diperolehi daripada purata jarak perjalanan kereta api sebelum kegagalan atau kerosakan yang menyebabkan kelewatan lebih daripada lima minit berlaku.

Bukan sahaja di Malaysia, MKBF digunakan oleh pengendali kereta api di seluruh dunia termasuk di Singapura, Thailand dan Taiwan.

Prasarana juga menetapkan sasaran untuk mencapai MKBF sejauh 1 juta kilometer bagi LRT Laluan Kelana Jaya (KJL), LRT Laluan Ampang (AGL) dan MRT Laluan Kajang (KGL), dan MBKF sejauh 150 ribu kilometer untuk Monorel (MRL) menjelang suku ketiga tahun 2026.

 

3

 

Sasaran MKBF sejauh 1 juta kilometer yang ditetapkan oleh Prasarana adalah setanding dengan sasaran pengendali rel utama di seluruh dunia.

Pada 2022, Prasarana mencatatkan MKBF antara 151,000 km hingga 178,000 km untuk AGL, KJL dan KGL, dan 84,000 km untuk MRL.

Pada Mac 2023, Prasarana melancarkan fasa kedua MRT Laluan Putrajaya (PYL) dan kini sedang memantau prestasinya.

Data daripada PYL juga akan disertakan dalam laporan bulanan sebaik sahaja data yang mencukupi diperoleh daripada operasinya.

Prasarana akan melakukan penambahan tren empat gerabak baharu (untuk KJL) pada suku ketiga tahun ini, dimana penambahbaikan dalam tempoh menunggu (3 minit) dijangka dicapai menjelang September 2023.

 

4

 

Untuk pelan jangkamasa sederhana dan panjang, Prasarana merancang untuk membaikpulih 50 set kereta api pada AGL (secara progresif sehingga tahun 2027) dan pengubahsuaian pertengahan hayat untuk 34 tren di KJL (antara tahun 2024 hingga 2029).

Sementara itu bagi perkhidmatan basnya, inisiatif penambahbaikan utama yang dirancang termasuk menggantikan bas-bas sedia ada dengan bas mini yang mampu memasuki kawasan kejiranan lebih dalam, serta memenuhi pelbagai kegunaan masyarakat.

Untuk tahun 2023 hingga kini, cabang rel Prasarana, iaitu Rapid Rail telah merekodkan kira-kira 88 juta penumpang untuk perkhidmatan LRT (AGL dan KJL), MRT (KGL dan PYL) dan Monorelnya.

Manakala operasi basnya di bawah Rapid Bus merekodkan kira-kira 24.3 juta penumpang untuk perkhidmatan Rapid KL, MRT Feeder, BRT Sunway, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, dalam tempoh yang sama.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu angka penggunaan harian tertinggi adalah 1,200,433 yang dicatatkan pada 22…
Informasi
"Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) telah melaksanakan beberapa usaha untuk meningkatkan kekerapan…