Pelancong New Zealand maut tergelincir dari keretapi Perang Dunia Kedua

oleh Mohamad Hanif|
Cubaan untuk mengambil swafoto tidak kesampaian apabila seorang pelancong New Zealand maut selepas tergelincir ketika menaiki 'kereta api maut Perang Dunia Kedua' di wilayah Kanchanaburi, Thailand, semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Harian Metro, pelancong yang bernama Patrick Ward, 45, maut selepas terjatuh kira-kira 10 meter di landasan kereta api maut di Gua Krasae di daerah Sai Yok dalam kejadian jam 11.50 pagi itu.

Kejadian berkenaan dirakam seorang pelancong di kawasan itu dengan mangsa dilihat jatuh terlentang keluar dari kereta api berkenaan.

Penyelamat terpaksa menggunakan sistem takal sementara untuk menarik mayat keluar dari kawasan itu.

Polis berkata, mangsa hampir tidak bernafas dan mengalami kecederaan patah lengan serta leher.

Pasukan penyelamat juga cuba menyelamatkannya selama kira-kira setengah jam tetapi usaha mereka sia-sia.
 

thai-burma


Kolonel Phuchong Narong-in, berkata pelancong itu datang dengan sekumpulan yang diketuai oleh pemandu dari jambatan Sungai Kwai dan mangsa menaiki kereta api yang dikenali sebagai Kereta Api Thai-Burma itu.

Dia dilaporkan membuka pintu dan cuba mengambil swafoto untuk menunjukkan pemandangan di luar namun tergelincir di pintu tangga.

Pengangkutan itu yang menghubungkan Thailand dan Burma dibina dari 1940 hingga 1943 oleh buruh awam dan tawanan perang Jepun untuk membekalkan tentera dan senjata kepada Jepun di Burma dalam Perang Dunia Kedua.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…
Berita Domestik
Berdasarkan video yang dimuatnaik di platform YouTube "Tread The Globe", pasangan warganegara…
Hezeri Samsuri
Kita semua arif bahawa orang Malaysia yang memang kalau boleh, mahu meletakkan kenderaan mereka di…