Keretapi langgar Axia putih di Pelabuhan Johor

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) terlanggar sebuah kereta di Landasan Kilometer 31 berdekatan pintu besar Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, di sini, pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata kejadian pada jam 9.40 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Beliau berkata kejadian berlaku ketika kereta api dengan 31 gerabak yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun itu sedang dalam perjalanan dari stesen Pasir Gudang menuju ke stesen Pelabuhan Johor.

"Bagaimanapun secara tiba-tiba kereta api itu telah terlanggar sisi hadapan kiri sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan memasuki pintu utama Pelabuhan Johor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta terbabit yang tidak perasan dengan pergerakan kereta api di hadapannya, dan kes disiasat di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu tular video berdurasi 40 saat di Facebook memaparkan sebuah kereta Perodua Axia bergerak ke arah pintu besar pelabuhan berkenaan dan kemudiannya dilanggar kereta api.

Sumber: Bernama melalui Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sedan Perodua Bezza masih lagi merupakan model terlaris di mana sebanyak 40,555 unit telah terjual…
Berita Domestik
Menurut laporan Astro Awani, tiga suspek tersebut ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth…
Berita Global
Isu terbaharu itu menjejaskan kira-kira 88,000 unit kenderaan yang dipasang di Thailand dan…