Proton X50 1.5T dilancarkan pada harga bermula dari RM79,200 sehingga RM103,300

oleh SALINA JALIL|
Proton X50 secara rasmi dilancarkan sebentar tadi secara 'virtual'. SUV segmen B ini dimaklumkan menggunakan 40 peratus komponen tempatan. Proton juga menawarkan lima pakej tambahan bagi 30,000 pembeli terawal yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lima pakej tambahan itu merangkumi:-

 

i. Lima tahun waranti tanpa had pembatuan.

ii. Lima tahun pakej data 1GB/sebulan.

iii.  Lima kali percuma tenaga buruh

iv. Kadar faedah pinjaman serendah 2.22 peratus setahun.

v. Program Insurans Proton*

Progam Insurans Protong ini merangkumi pakej perlindungan insurans bagi individu sehingga RM15,000, perlindungan insurans untuk kesemua pemandu, pakej perlindungan banjir sehingga RM1,000, pengabaian kos penambahbaikan sehingga 10 tahun, pelindungan liputan nilai yang dipersetujui sehingga 12 tahun dan perlindungan penjagaan utama sehingga RM1,000.

 

x50 launch

 

Sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini,terdapat empat varian yang ditawarkan dan paling teratas diberikan enjin tiga silinder sebaris 1.5 liter turbo TGDi yang menghasilkan 177 hp dan 255 Nm, memacu roda hadapan menerusi transmisi klac berkembar (DCT) tujuh nisbah kelajuan.


Dari segi kelajuan pula ia mampu memecut sepantas 7.9 saat dari 0-100 km/j dan memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 6.1 liter/100 km (mengikut risalah yang diberikan).


Selain daripada enjin TGDi itu tadi, terdapat juga nadi 1.5 liter turbo yang ditawarkan untuk tiga varian terendah yang menghasilkan kuasa 148 hp dan 226 Nm, serta padanan transmisi DCT.


Tiga mod pemanduan ditawarkan iaitu normal, Eco dan Sport, serta butang fungsi yang memberikan akses kepada ciri Bantuan Parkir Automatik (APA).

 

 

Spesifikasi keempat-empat varian tersebut adalah seperti di bawah:-

 

a. 1.5T Standard berharga RM79,200*

-enjin tiga silinder sebaris turbo 1.5 liter, 148 hp/226 Nm
-transmisi klac berkembar (DCT) tujuh nisbah kelajuan
-4 beg udara SRS
-lampu LED penuh
-rim aloi 17 inci
-tempat duduk fabrik
-corong pendingin hawa baris kedua dengan slot pengecasan USB
-sistem infotainmen 8 inci, GKUI 19
-kamera undur

 

 

b. 1.5T Executive (tambahan kepada spesifikasi di atas) berharga RM84,800*
-enam beg udara SRS
-roda stereng balutan kulit
-lampu utama LED automatik
-lampu kabus LED
-tempat duduk leatherette

 

leaflet

 


c.  1.5T Premium (Tambahan kepada spesifikasi di atas) berharga RM93,200*
-sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS)
-rim aloi 18 inci
-tempat duduk pemandu boleh laras berkuasa elektrik
-skrin infotainmen 10.25 inci, GKUI 19
-kamera keliling 360 darjah

 

 

d. 1.5 TGDi Flagship (tambahan kepada spesifikasi di atas) berharga RM103,300*
-enjin 1.5 liter TGDi (177 hp/255 Nm)
-Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS 2.0)
-penampilan luaran dua tona, bumbung warna hitam
-bumbung suria panoramik 

* harga untuk Semenanjung Malaysia sahaja, tidak termasuk insurans dan sehingga 31 Disember 2020 

 

leaflet 2

 

x50 media

 


Penulis kami, Hanif Suib telah pun memandu Proton X50 ini dilitar Sepang beberapa minggu yang lalu, dengar ulasan dari beliau di sini:

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…
Informasi
  Penawaran SUV juga mengubah pandangan dan penerimaan pengguna terhadap jenama nasional itu.…
Berita Domestik
Angka pada bulan September itu menyumbang kepada jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk tahun  2023…