Jualan tahun 2023 Proton kini cecah 116,832 unit, 12,230 unit terjual pada bulan September

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jenama kereta nasional, Proton terus mencatatkan prestasi jualan baik dengan 12,230 unit (domestik + eksport) telah diserah kepada pelanggan untuk bulan September.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Angka pada bulan September itu menyumbang kepada jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk tahun  2023 di mana jumlah terbaharunya mencecah 116,832 unit, peningkatan sebanyak 14.1 peratus berbanding tahun 2022.

Bagaimanapun, jualan pada bulan September merosot sebanyak 1,725 unit berbanding bulan Ogos, manakala jumlah volum industri (TIV) turut menyusut ke bawah ambang 70,000 unit.

 

4

 

Pertumbuhan jualan Proton bagaimanapun masih kekal mendahului jumlah pertumbuhan industri sebanyak lebih 3.7 peratus, manakala pegangan pasaran juga kekal mendahului angka tahun 2022 dan kini berada pada 20.5 peratus atau 0.7 peratus lebih daripada tahun sebelumnya.

Menjelang pengakhiran tahun 2023 yang bakal tiba kurang dari 3 bulan lagi, empat model Proton terus menerajui jualan dalam segmen masing-masing.

Proton Persona mengakhiri bulan September sebagai sedan segmen B kedua paling laris dengan 2,053 unit terjual, dan kekal sebagai peneraju pasaran YTD dengan jumlah jualan sebanyak 18,614 unit, 72.6 peratus berbanding 2022.

 

3

 

Model terbaharu Proton dan hibrid pertamanya, X90 juga kekal menerajui dalam SUV segmen D dengan 491 unit terjual pada bulan September, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,435 unit.

Sebuah lagi model SUV nya, X90 terus menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia dengan menerajui SUV segmen B dengan 2,210 unit terjual, manakala model Proton yang bakal bersara, Exora juga kekal paling popular dalam MPV segmen C dengan 367 unit terjual pada bulan September.

 

3

 

Untuk Proton Saga, ia kekal menjadi menjadi model paling laris dengan 5,648 unit terjual pada bulan September, dan mengekalkan kedudukannya sebagai sedan segmen A kedua paling laris.

Akhirnya, Proton X70 kembali ke tempat kedua keseluruhan dalam SUV segmen C dengan jumlah jualan sebanyak 779 unit untuk bulan September dan 8,778 unit secara keseluruhan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata,…
Berita Global
Rancangan pengeluaran adalah sebanyak 16,000 unit sehingga tahun 2026 dengan anggaran nilai RM570…
Berita Domestik
Proton kekal di tangga kedua paling popular dalam kedudukan jualan automotif negara dengan unjuran…