Polis kesan pemandu Proton X50 terbakar di Lebuhraya BORR

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis Proton X50 yang terbakar di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) berhampiran susur Sungai Puyu dekat Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, kejadian berlaku pada jam 5 pagi Khamis dan siasatan awal mendapati, kenderaan tersebut terbakar selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 12.2 Lebuhraya BORR dari arah Bagan Ajam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti selepas kereta tersebut hangus sepenuhnya.

"Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, pemandu kereta terbabit telah hilang kawalan lalu melanggar kon penghadang dan pembahagi jalan menyebabkan kebakaran pada kenderaan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Asri berkata, kemalangan terbabit bagaimanapun tidak melibatkan mana-mana kenderaan lain.

"Pihak bomba mengesahkan tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian terbabit, namun pemandunya tiada di lokasi kejadian.

"Kita masih mengesan pemandu yang terlibat. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," tambah beliau lagi.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes tersebut agar menyalurkannya kepada penolong penyiasat kes, Sarjan Mohd Nasir Abu Mansor di talian 017-5607032.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Bermula hari ini (Selasa), pihak polis akan membuat pemantauan lebih awal iaitu sebelum waktu…