Proton Iriz R5 rangkul kejuaraan ketiga Forest Rally Stage!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Goodwood Festival of Speed (FOS) 2019 sudah pun selesai berlangsung dan menariknya, untuk tahun yang ketiga penyertaan Mellors Elliot Motorsport (MEM), mereka berjaya meraih kemenangan di Forest Rally Stage menerusi jentera Iriz R5. 

Kemenangan yang diraikan ini sememangnya memberikan kenangan yang bermakna, ini kerana Iriz R5 yang digunakan telah menerima penarafan homologasi penuh dari badan berwajib FIA. 

Membawa maksud, Proton Iriz R5 kini dibenarkan untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi termasuklah FIA World Rally Championship. 
 


Jika anda perasan, layangan warna luaran Proton Iriz juga turut berubah pada tahun ini, memandangkan pasukan MEM dilihat telah menerima tajaan daripada pengeluar minuman keras Thornbridge Brewery. 

Mengikut spesifikasi R5, Proton Iriz versi rali ini menggunakan enjin 1.6 liter turbo (dari 4B11T Mitsubishi Evo X) yang memacu kesemua empat roda dan mampu menjana kuasa sebanyak 350 kuasa kuda. 

Proton Iriz R5 juga sebenarnya merupakan jentera yang unik kerana ia merupakan satu-satunya jentera berspesifikasi R5 yang dibenarkan berada di dalam kedua-dua format pemanduan kiri dan kanan. 
 


Ideanya, ia mampu untuk dikembangkan potensinya kepada mana-mana negara dengan lebih mudah tanpa mengira format asal pemanduan negara tersebut. 
 
Ini merupakan langkah pertama bagi pasukan MEM sebelum Iriz R5 bakal beraksi di peringkat yang seterusnya. 

Adakah Iriz R5 ini bakal mengulangi kejayaan yang dicatat oleh Satria Neo S2000? 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pihak Mellors Elliot Motorsport (MEM) baru-baru ini telah pun mengemaskini laman sesawang rasmi…
Berita Global
Pasukan Mellors Elliot Motorsport dengan jentera Proton Iriz R5 yang baharu sahaja lulus ujian…
Berita Global
Mellors Elliot Motorsport bakal memperkenalkan Proton Iriz R5 dengan liveri baharu berwarna jingga…