Iriz R5 milik MEM tampil dengan liveri jingga

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mellors Elliot Motorsport bakal memperkenalkan Proton Iriz R5 dengan liveri baharu berwarna jingga secara rasmi pada acara Goodwood Festival of Speed pada 4-7 Julai nanti. 

Sekaligus, ia merupakan penampilan pertama jentera rali Iriz R5 semenjak memperoleh kelulusan homologasi oleh badan berwajib FIA. 

Iriz R5 juga dikatakan akan menunjukkan aksi dalam Forest Rally Stage sepanjang empat hari berlangsungnya festival tersebut. 

Mengikut spesifikasi R5, Proton Iriz versi rali ini menggunakan enjin 1.6 liter turbo (dari 4B11T Mitsubishi Evo X) yang memacu kesemua empat roda dan kini dibenarkan untuk bertanding dalam apa jua peringkat perlumbaan, termasuklah FIA World Rally Championship (WRC).

Proton Iriz R5 juga sebenarnya merupakan jentera yang unik kerana ia merupakan satu-satunya jentera berspesifikasi R5 yang dibenarkan berada di dalam kedua-dua format pemanduan kiri dan kanan. 

Beberapa hari lalu, pihak MEM telah menerbitkan imej teaser yang membayangkan liveri baharu Iriz yang memperagakan penaja baharu mereka, Thornbridge Brewery.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
50 unit Iriz tersebut telah diubah suai oleh syarikat ACE yang merupakan salah satu anak syarikat…
Berita Domestik
Untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Proton telah mencatatkan sebanyak 87,481 unit kenderaan…