Projek Ranger Raptor V8 dihentikan!

oleh Mohamad Hanif|
Ingatkah anda kepada projek Ranger Raptor V8 yang sedang diusahakan oleh pihak Ford Australia?
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Difahamkan, ia merupakan sebuah projek di mana enjin asal 2.0 liter diesel bi-turbo akan dibuang jauh-jauh dan digantikan dengan nadi bentangan V8 aspirasi natural yang diambil daripada Ford Mustang GT.

Secara asasnya, enjin ini mampu menghasilkan 454 kuasa kuda dan daya kilas 556 Nm di mana proses penggantian enjin ini dilakukan oleh pihak ketiga, Premcar yang memiliki kepakaran menghasilkan kereta-kereta pantas Ford.

Namun, laporan terbaharu daripada WhichCar Australia mendedahkan bahawa projek Ranger Raptor V8 tersebut bakal dihentikan atas sebab kekangan kewangan oleh kerana wabak COVID-19 yang melanda dunia.

Wabaok COVID-19 yang melanda dunia menyebabkan industri automotif menghadapi jalan buntu dan disumbangkan lagi dengan penurunan kadar jualan kenderaan di seluruh dunia.

Oleh sebab itu, projek 'rahsia' ini terpaksa dihentikan serta-merta.

Dalam laporan terdahulu, Premcar merupakan pihak ketiga yang diiktiraf oleh Ford sendiri untuk mengendalikan projek Ranger Raptor V8 untuk pasaran Australia, serta menawarkan jaminan asal lima tahun untuk setiap unit yang terjual.

Namun, melihatkan kepada keadaan dunia semasa, hal sebegini sememangnya tidak dapat dielakkan, memandangkan masing-masing perlu memastikan tahap aliran kewangan syarikat kekal terjaga sehingga wabak COVID-19 tamat.

Sumber: WhichCar

Berita Berkenaan

Pelancaran
Sime Darby Auto Connexxion (SDAC), pengimport dan pengedar tunggal Ford untuk Malaysia membawa…
Berita Global
Model yang paling berkuasa, Ranger Raptor boleh didapati dengan dua pilihan enjin, iaitu enjin…
Berita Domestik
Slot yang dijadualkan pada 26 Mac 2022 ini merupakan pakej bimbingan pengalaman off-road selama…