Project Soho = Land Rover Defender + Kit badan lebar Kahn + Enjin V8 dari Corvette!

oleh Mohamad Hanif|

Reka bentuk kekotakan yang ada pada Defender bukanlah penghalang kreativiti jika anda tahu cara yang sebenar untuk menaikkan lagi seri SUV Off-Road klasik ini.

Seperti apa yang diperlihatkan oleh East Coast Defender (ECD), mereka telah menghasilkan sebuah mahakarya kustom Land Rover Defender yang digelar sebagai Project Soho.

Pengaruh Kahn boleh diperhatikan pada Land Rover Defender ini, seperti yang anda lihat pada bumper hadapan, kit badan lebar, serta set rim Kahn Mondial bersaiz 20 inci yang dibaluti tayar BFGoodrich A/T di keempat-empat sudut. 
 


ECD turut memberikan sentuhan tersendiri pada penampilan luaran menerusi penggunaan lampu LED utama, perlindungan bawah casis, kemasan hitam berkilat serta tempat pemijak sisi. 

Untuk keselesaan penumpang, sistem suspensi udara kustom turut dimuatkan pada Defender ini.

Ruangan dalaman pula banyak mengambil inspirasi daripada supercar, seperti tempat duduk bucket yang dibaluti kemasan suede hitam dan kulit merah, jahitan kontras berwarna merah serta headliner hitam suede.
 


Selain daripada itu, ECD turut melengkapkan Land Rover Defender ini dengan pelbagai ciri moden merangkumi slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar, tempat duduk berliang dengan pemanas terbina dalam, sistem infotainmen Alpine, sistem bunyi JL dengan subwoofer, sistem kemasukan tanpa kunci, sistem bantu mula jarak jauh serta lampu kabin LED. 

Untuk menggerakkan Defender Soho ini dengan mudah, enjin asal telah dihukum buang daerah dan digantikan dengan enjin bentangan V8 berkapasiti 6.2 liter dari Corvette!

Enjin LS3 ini telah ditala semula bagi menghamburkan 565 kuasa kuda yang dipadankan dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan. 
 


Bagi menyalurkan gas-gas pembakaran dengan lebih berkesan, sistem ekzos Borla lengkap dengan paip Kahn telah digunakan selain memberikan nada bunyi yang mengasyikkan ketika sedang berkelana. 

Ini merupakan antara contoh modifikasi paling kemas pernah kami paparkan untuk sebuah Land Rover Defender yang masih lagi mempunyai tempat di dalam hati para peminatnya. 

Seksi, bu(Kahn)?

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan…
Informasi
Ini kerana mereka sebenarnya meletakkan satu masa hadapan yang cukup sukar apabila membuat…