Antara perubahan ketara yang dibawakan ialah penampilan muka hadapan baharu yang lebih kemas dan agresif, menampilkan penggunaan hood, jeriji, bumper dan rekaan lampu baharu.

Melengkapkan lagi rupa luaran yang dikemas kini, perubahan pada bahagian luar diteruskan di belakang yang juga menerima bumper dan rekaan lampu baharu.
Pada bahagian enjin, kedua-dua pilihan iaitu Diesel 1.9 VGS turbo dan Diesel 3.0 VGS turbo kini telah diubahsuai untuk menepati standard EURO 5, yang akan digunapakai di pasaran Thailand pada tahun 2024.

Secara ringkas, 1.9 VGS turbo datang dengan kod nama RZ4E-TC, di mana ia mampu menghasilkan 150 HP dan 350 Nm, dipadankan dengan pilihan transmisi manual 6 kelajuan atau automatik 6 kelajuan.
Manakala 3.0 VGS turbo dengan kod nama 4JJ3-TCX pula mampu menghasilkan sehingga 190 HP dan 350 Nm, dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan atau automatik 6 kelajuan bersama sistem 2WD dan 4WD.

Bermula dari varian Hi-Lander 4 Doors, bahagian dalamannya menerima kemas kini yang ketara seperti meter digital penuh (Intergrated IMD) bersaiz inci, skrin infotainment bersaiz 9 inci bersama fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.
Meningkatkan lagi ciri keselamatan dalam sebuah trak pikap, ia turut dilengkapi sistem ADAS yang dipertingkat, merangkumi naik taraf kamera yang mampu meningkatkan pengesanan sehingga 120 darjah,

Untuk varian tertingginya iaitu V-Cross, ia menerima tempat duduk dengan rekaan Miura baharu, rim bersaiz 18 inci, jeriji dengan kemasan krom hitam dan tambahan Rough Terrain Mode.
Untuk pasaran Thailand, Isuzu D-Max facelift dengan kemas kini baharu itu ditawarkan bermula dari 758,000 baht hingga 1,257,000 baht (RM97,007 hingga RM160,868).