Presiden FIA beri bayangan Subaru bakal kembali ke kancah WRC

oleh Mohamad Hanif|
Subaru merupakan antara nama-nama besar yang pernah mewarnai sukan World Rally Championship era 90-an, selain daripada Mitsubishi dan juga Toyota.

Pengeluar yang sinonim dengan enjin boxer itu menarik diri daripada WRC pada tahun 2008 atas alasan masalah kewangan.

Namun begitu, Subaru dilihat masih lagi aktif menyertai perlumbaan rali yang dianjurkan di Amerika, seperti mana yang pernah kami siarkan sebelum ini.

Apa yang menarik perhatian ialah desas-desus terbaharu di mana Subaru dilapor akan membuat kemunculan semula di dalam sukan rali berprestij itu.
 

Subaru


Menurut berita daripada Dirtfish, Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem dalam satu temubual memberikan bayangan kemunculan semula jenama Subaru di dalam sukan WRC pada masa akan datang.

Difahamkan, nama Subaru muncul semasa beliau dan bekas CEO Toyota Akio Toyota membincangkan jenama-jenama yang bakal menyertai WRC pada masa hadapan.

Jelasnya lagi, pemilikan Toyota di dalam Subaru dilihat mampu membantu kemasukan semula jenama itu selain membekalkan enjin yang bersesuaian untuk digunakan mereka kelak.

Setakat ini, Ben Sulayem tidak mendedahkan dengan terperinci bilakah Subaru akan membuat kemunculan rasmi di dalam WRC.
 

AXCR


Persoalan kedua: Bagaimana pula dengan pesaing rapatnya Mitsubishi?

Sumber: Dirtfish melalui Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…