Polis - Tindakan bermain papan selaju di jalan awam berbahaya!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Polis memandang serius tindakan sekumpulan pemuda bermain papan selaju di jalan awam di bandar raya Johor Bahru seperti video yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata tindakan itu bukan sahaja berbahaya kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Pada hari Selasa polis telah menerima satu video berdurasi 36 saat yang telah dimuat naik melalui pemilik akaun Facebook "Asfarizal Syazwan" menunjukkan aksi sekumpulan pemuda bermain papan selaju secara berbahaya.

"Semakan mendapati kejadian itu berlaku di jalan awam di daerah Johor Bahru. Kes ini menjadi satu kesalahan di bawah Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti) 2021 dengan hukuman di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Raub berkata sehubungan itu pihaknya membuat pemantauan serta akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melakukan aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti seumpama diminta menyalurkan maklumat kepada pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2182 222.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 pagi Khamis di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua…
Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, beliau…