"Elon Musk meminta untuk berunding dengan saya (minggu depan) untuk membincangkan kemungkinan dan komitmen beliau bagi meningkatkan pelaburan di Malaysia," ujarnya dalam pertemuan dengan penjawat awam di Negeri Sembilan semalam.
Jelasnya lagi, jika tiada pelaburan, pengangguran akan meningkat dan ekonomi tidak akan berkembang.
"Apabila saya menjadi Perdana Menteri, hutang nasional ialah RM1.5 trillion (dan kita mempunyai) defisit 5.6 peratus. Saya bersyukur.. saya mempunyai peluang untuk mengurangkan beban hutang dan defisit demi menyelamatkan ekonomi dan rakyat Malaysia.
Tesla dijangka akan melancarkan barisan model kenderaan elektrik mereka pada 20 Julai ini.
Syarikat kereta elektrik itu sebelum ini telah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk mengimport masuk kenderaan elektrik bateri (BEV) ke pasaran Malaysia.
Sumber: CNA