Jualan Tesla menurun!

oleh HEZERI SAMSURI|
Buat pertama kalinya selepas pandemik, Tesla Inc melihat penurunan pada angka jualan mereka.

Syarikat itu telah menjual sebanyak 386,810 unit kenderaan untuk tiga bulan pertama tahun 2024, dan ia adalah jauh berkurangan dari angka 422,875 unit yang dibuat oleh Tesla dalam tempoh yang sama tahun lalu.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Ini diikuti dengan kejatuhan saham Tesla di Bursa Saham New York sebanyak 5.5 peratus. Tahun ini, nilai saham Tesla menurun sebanyak 33 peratus secara keseluruhan.

Alasan yang diberikan Tesla untuk penurunan itu adalah kerana kesukaran awal dalam proses pembuatan Model 3 terkini. Ia juga memberi alasan masalah laluan perkapalan akibat konflik Lautan Merah serta serangan bom api di kilangnya di Berlin, Jerman.

Namun begitu ketuanya, Elon Musk sudah memberikan "amaran awal" dalam bulan Februari lalu bila beliau berkata pasaran pembeli kenderaan akan melemah semasa musim sejuk.

Laporan media pula berkata sentimen pembeli di US yang kurang berminat untuk membeli kenderaan kerana kadar faedah yang meningkat turut memberi kesan.

Tesla mula memberikan tawaran diskaun US$1,000 untuk pembeli. Selain itu, Tesla juga mula membuat kempen-kempen pengiklanan dan kempen-kempen panduan membeli model-model dalam barisan produknya.

Di Malaysia, Tesla sedang melihat peningkatan jualan yang ketara berdasarkan maklumat sumber Careta dan paling menarik lagi, Cybertruck dijangka akan tampil di Malaysia dalam masa terdekat ini. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Cadangan itu diketuai oleh bekas ahli lembaga Tesla, Hiromichi Mizuno dengan sokongan daripada…
Berita Global
"Ia akan menjadi pengeluar kenderaan mini Mexico pertama, dibangunkan oleh kejuruteraan Mexico,"…
Berita Global
Sejak hari pilihan raya pada Selasa lalu, saham syarikat itu meningkat lebih 25 peratus. Musk kini…