Tesla Roadster bakal muncul hujung 2024, mampu pecut 0-96 kmsj bawah satu saat - Elon Musk

oleh Mohamad Hanif|
Tanggal 16 November 2017 merupakan tarikh di mana Elon Musk mengumumkan generasi kedua EV Tesla Roadster.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar kereta sports berkuasa elektrik tersebut.

Selepas tujuh tahun, para peminatnya kini boleh menarik nafas lega apabila CEO tersebut mengumumkan beberapa perincian berhubung Roadster yang 'bakal dilancarkan' menjelang akhir tahun ini.

 


Dalam satu hantaran di laman X (bekas Twitter), Elon Musk mendakwa Tesla Roadster mampu memecut 0-96 km/j dalam tempoh kurang satu saat untuk versi paling berkuasa.

Beliau turut menambah "tidak akan ada satu kereta yang sama seperti ini (Roadster), jika anda boleh memanggilnya sebagai sebuah kereta."

 


Berdasarkan data spesifikasi yang telah diumumkan sebelum ini, Tesla Roadster dikatakan mampu mencapai kelajuan 96 km/j dalam masa 1.9 saat, sementara pecutan suku batu pula dalam masa 8.8 saat.

Selain daripada itu, ia juga mampu mencapai kelajuan tertinggi melebihi 400 km/j, dengan keupayaan untuk mencapai jarak gerak sejauh hampir 1,000 km untuk sekali cas penuh.

Sumber: X Elon Musk

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak daripada itu, Tesla Roadster telah pun bergerak sejauh 3,202,452,124 km di angkasa lepas dan…
Berita Global
Dalam satu angka rasmi yang dikeluarkan oleh Tesla, pengeluar kenderaan elektrik itu telah berjaya…
Berita Global
Serentak dengan itu, pihak yang berminat boleh meletakkan wang tempahan bermula serendah $50,000 (…