PKPB Melaka: Jururawat ulang alik 225km ke tempat kerja setiap hari

oleh SALINA JALIL|
Salah seorang anggota polis Melaka tersentuh hati apabila kerap terserempak dengan seorang jururawat yang sanggup memandu sejauh 225km dari rumahnya di Melaka, ke tempat kerjanya di Hospital Tunku Aminah di Johor Bahru.


Penemuan itu meninggalkan kesan yang cukup besar kepada salah seorang anggota polis Melaka yang bertugas.



Timbalan Ketua Polis Negara, Senior Asst Comm Datuk Sharul Lalli Masduki berkata, jururawat tersebut mengambil masa kira-kira tiga jam untuk tiba di tempat kerjanya dari rumahnya di Melaka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Jururawat yang agak berusia itu dilihat memandu secara persendirian di sekatan jalan di pintu keluar Plaza Tol Ayer Keroh kira-kira jam 3 petang Selasa (10 Nov).


Ketika ditanya, dia memberitahu pegawai polis bahawa dia memandu ke tempat kerjanya dan ini adalah rutin baginya.


SAC Sharul berkata dia sangat tersentuh hati ketika jururawat memberitahunya bahawa dia harus menempuh jarak sejauh itu setiap hari untuk sampai ke tempat kerjanya.


Jururawat tersebut berkata ketika memandu waktu kemuncak di Lebuhraya Utara-Selatan, beliau akan memakan masa lebih lama lagi untuk sampai ke tempat kerjanya.


Jururawat itu juga turut memaklumkan kepada pegawai polis yang mengawal jalan raya bahawa dia pergi ke Johor Baru setiap hari kerana komitmennya kepada keluarganya sendiri.


SAC Sharul turut melaporkan bahawa sebanyak 12,500 kenderaan di periksa pada hari Isnin (9 Nov) ketika lapan sekatan jalan raya mula beroperasi di negeri Melaka berikutan perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Katanya, sekatan jalan raya dilakukan 24 jam dengan bantuan daripada 66 anggota tentera dan 36 anggota Rela.


"Secara keseluruhan terdapat 1,200 pegawai polis yang terlibat dalam PKPB hingga bulan depan," katanya.


Dalam masa yang sama, 87 kenderaan diminta untuk berpatah balik setelah pemandu memberi alasan lemah untuk melintasi sempadan antara negeri.


Beliau menambah bahawa 4,073 individu telah memohon untuk ke luar negeri Melaka pada hari Isnin (9 Nov). Tempoh perjalanan pemohon juga adalah pada tarikh yang berbeza.

 

 

 

TheStar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal…