PHSAM lancar barisan Audi e-tron untuk pasaran Malaysia - Tampilkan 7 model, Harga bermula dari RM383,990

oleh Danial Yasin Suhaimi|
PHS Automotive Malaysia pada Jun lepas telah memperkenalkan barisan model EV Audi e-tron untuk pasaran Malaysia yang menampilkan 7 model terbaharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdiri daripada model SUV, sportback dan coupé empat pintu, rangkaian e-tron dibina khas dengan reka bentuk dan prestasi terbaik.

Berikut merupakan senarai model e-tron dan harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia:

  • Q8 e-tron advanced 50 quattro – RM383,990
  • Q8 Sportback e-tron advanced 50 quattro – RM389,990
  • Q8 e-tron S line 55 quattro – RM474,990
  • Q8 Sportback e-tron S line 55 quattro – RM484,990
  • e-tron GT quattro – RM587,990
  • e-tron GT quattro dengan Dynamic Package – RM661,990
  • RS e-tron GT – RM787,990

 

2

 

SUV Q8 e-tron menampilkan reka bentuk aerodinamik yang sangat efisien, rangkaian kuasa yang telah dioptimumkan dengan prestasi pengecasan lebih padu dan kapasiti bateri lebih tinggi.

Dari segi kuasa, varian advanced 50 quattro dijana menggunakan pek bateri berkapasiti 89 kWj yang mampu menghasilkan 335 HP dan 664 Nm, serta membolehkan jarak gerak sehingga 491 km.

Varian S line 55 quattro pula dijana menggunakan pek bateri berkapasiti 104 kWj yang mampu menghasilkan 402 HP dan 664 Nm, serta membolehkan jarak gerak sehingga 582 km.

 

3

 

Walaupun mempunyai ciri yang sama dengan model SUV, varian Q8 e-tron Sportback pula hadir dengan imej lebih sporty menerusi siluet yang elegan dan kemas untuk kecekapan aerodinamik terbaik.

Untuk model coupé empat pintunya iaitu e-tron GT, ia hadir dengan reka bentuk emotif dan teknologi yang revolusionari, di mana e-tron GT telah mengintepretasikan semula idea klasik sebuah gran turismo.

Varian e-tron GT terdiri daripada RS e-tron GT yang ikonik, e-tron GT quattro dan e-tron GT quattro dengan Dynamic Package.

 

4

 

Varian e-tron GT quattro dijana dengan pek bateri berkapasiti 85 kWj yang mampu menghasilkan sehingga 530 HP dan 640 Nm, serta membolehkan jarak gerak sehingga 501 km.

Varian prestasinya pula iaitu RS e-tron GT pula mampu menghasilkan 590 HP dan 830 Nm, membolehkan pecutan 0-100 kmj dalam masa 3.3 saat sahaja.

Jentera itu menjanjikan prestasi pemanduan dinamik, terima kasih kepada teknologi pacuan semua roda (AWD) quattro elektrik yang revolusionari.

 

5

 

Khusus untuk peminat model e-tron GT, PHSAM akan mempamerkan barisan model kereta elektrik Audi bertempat di Pavillion, Kuala Lumpur pada 14-20 Ogos ini.

Audi Malaysia juga akan menampilkan barisan model e-tron yang terkini di Centre Court, Level 2 Pavillion Kuala Lumpur termasuklah model e-tron GT quattro dan RS e-tron GT.

 

Baca: Audi pamer model e-tron GT quattro, RS e-tron GT di Pavillion KL, 14-20 Ogos

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Pelan itu merangkumi pelbagai manfaat seperti Audi Plus, Pelan Insurans Audi, Pakej Pembaikan Audi…
Berita Domestik
Bermula dari 1 Julai hingga 30 September 2023, 30 pemilik Audi juga berpeluang untuk terpilih bagi…