Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000 disamping pengecualian duti yang ditawarkan oleh kerajaan sedia ada.

Menerusi kempen Go electric, Audi Malaysia kini menawarkan penurunan harga di mana e-tron GT quattro dengan Dynamic Package boleh dibeli pada harga RM599,990* sementara model RS e-tron GT pula berharga dari RM699,990*.
Terdapat juga manfaat tambahan yang ditawarkan kepada pembeli secara percuma seperti pengecas wallbox MOON (11 kW atau 22 kW), kredit JomCharge bernilai RM1,000 serta pengecasan DC 180 kW di mana-mana Audi Centre.

Sementara kempen Your Perfect Q, electrified pula menawarkan program Audi Assurance Program (AAP) secara percuma untuk pembeli Audi Q8 e-tron 55 dan Q8 Sportback e-tron 55.
AAP menawarkan pelanggan pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta tambahan tiga tahun ke atas jaminan pengeluar sedia ada, menjadikan jumlah perlindungan selama lima tahun secara keseluruhan.
*tanpa pakej AAP