Audi pamer model e-tron GT quattro, RS e-tron GT di Pavillion KL, 14-20 Ogos

oleh Mohamad Hanif|
PHS Automotive Malaysia Sdn Bhd menjemput para peminat dan pengunjung ke pameran kereta elektrik Audi bertempat di Pavillion, Kuala Lumpur, 14-20 Ogos ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, Audi Malaysia akan mempamerkan barisan model e-tron yang terkini di Centre Court, Level 2 Pavillion Kuala Lumpur termasuklah model e-tron GT quattro dan RS e-tron GT.
 

RS


Audi e-tron GT membawakan konfigurasi motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda quattro, dipadankan dengan pek bateri 85 kWh yang membenarkan jarak gerak sehingga 501 km untuk sekali cas penuh.

Sedan coupe e-tron GT mampu menghasilkan kuasa 469 hp dan 630 Nm, atau sehingga 530 PS/640 Nm dengan menggunakan mod Launch Control.
 

RS


Peminat jentera berprestasi tinggi berkuasa elektrik boleh mendapatkan model RS e-tron GT dengan harga jualan bermula dari RM749,000 hingga RM769,000.

Membawakan tetapan yang lebih berkuasa, Audi RS e-tron GT pula berupaya menghamburkan 590 hp dan 830 Nm, yang membenarkan pecutan 0-100 km/j sepantas 3.3 saat.