Kempen "Treat Your Audi" tawarkan pakej menarik buat pemilik Audi

oleh Danial Yasin Suhaimi|
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) telah melancarkan kempen selepas jualan "Treat Your Audi" yang menawarkan pelbagai kelebihan dan sokongan untuk meningkatkan pengalaman pemanduan lebih selamat kepada para pemilik Audi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula dari 1 Julai hingga 30 September 2023, 30 pemilik Audi juga berpeluang untuk terpilih bagi memenangi barangan eksklusif Audi pada setiap bulan.

Pemenang akan dipilih berdasarkan kepada perbelanjaan minimum sebanyak RM800 ke atas Pakej Pembaikan Audi atau langganan Audi Plus.

Sepanjang tempoh itu, pelanggan Pakej Pembaikan Audi akan menikmati potongan harga bermula 30 peratus untuk set brek yang merangkumi cakera brek, brek pad, penyerap hentakan, galas dan tali sawat pemasaan.

Tawaran-tawaran eksklusif turut diberikan ke atas kenderaan berusia 5 tahun dan ke atas di bawah program Audi Plus.

Pemilik bakal menikmati diskaun servis penyelenggaraan sebanyak 10 peratus dan 3 baucar diskaun servis yang boleh digunakan dalam tempoh tiga tahun selepas mendaftar.

Selain itu, pemilik akan menerima sokongan Bantuan Tepi Jalan Audi di seluruh negara sehingga 12 bulan bermula dari tarikh penebusan baucar.

 

2

 

Bagi meningkatkan kualiti servisnya juga, kerja-kerja penyelenggaraan dan diagnostik dilakukan oleh juruteknik terlatih bersama peralatan diagnostik terkini.

Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli bateri baharu Audi akan layak untuk menerima penjimatan sebanyak 20%.

Para pemilik kenderaan import parallel turut dijemput untuk memanfaatkan kempen itu dengan membawa kereta mereka ke mana-mana Audi Center bagi membuat Pemeriksaan Kondisi Audi (Audi Condition Check, ACC).

Pemeriksaan komprehensif itu akan menilai kondisi sesebuah kenderaan bagi memastikan aspek kebolehpercayaan, prestasi dan memberi ketenangan minda kepada pemiliknya.

Lebih penting lagi, Audi mencadangkan agar servis dilakukan pada setiap 12 bulan atau 15,000 kilometer untuk memastikan kereta mampu berfungsi sebaiknya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Treat Your Audi, sila layari laman web Audi Malaysia atau hubungi Audi Center untuk membuat janji temu.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kehadiran dua SUV pantas ini dilihat mampu melengkapkan lagi penawaran SUV elektrik Audi untuk…
Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Aplikasi myAudiWorld kini menawarkan rangkaian ciri menarik untuk menjadikan pengalaman pemilikan…