Pesawat Sriwijaya Air mungkin terhempas kerana sistem pendikit automatik

oleh SALINA JALIL|
Penyiasat kemalangan pesawat Indonesia sedang menyiasat masalah membabitkan sistem pendikit automatik yang berfungsi mengawal kuasa enjin secara automatik.

Seorang pegawai memaklumkan, masalah itu menyumbang kepada kemalangan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas pada 9 Januari lalu, mengakibatkan 62 orang maut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT), Nurcayho Utomo, berkata satu masalah dengan sistem pendikit automatik pesawat jenis Boeing 737-500 dilaporkan selepas penerbangan beberapa sebelum kemalangan itu.

 

"Terdapat satu laporan pendikit automatik tidak berfungsi beberapa hari sebelum itu kepada juruteknik di log penyelenggaraan, tetapi kami tidak tahu apa masalahnya.

 

"Jika kami menjumpai CVR (Perakam Suara Kokpit), kami boleh mendengar perbincangan antara juruterbang mengenai apa yang mereka katakan dan kami tidak tahu apa masalah," katanya.

 

Bagaimanapun, Utoma berkata masih samar sama ada masalah dengan sistem pendikit automatik yang mengakibatkan insiden berkenaan.

 

Menurut Otomo, beliau juga tidak dapat mengingati masalah lain yang dibangkitkan dalam log penyelenggaraan.

 

Jelasnya, tidak apa untuk sesebuah pesawat melakukan penerbangan tanpa sistem pendikit automatik tidak berfungsi kerana juruterbang boleh mengawalnya secara manual.

 

Sementara itu, syarikat penerbangan Sriwijaya tidak dapat memberi komen mengenai hal berkaitan teknikal membabitkan siasatan sebelum satu kenyataan rasmi dikeluarkan KNKT.

 

Laporan awal mengenai siasatan itu dijangka dikeluarkan dalam tempoh 30 hari selepas kemalangan itu, sejajar dengan piawaian antarabangsa.

 

Perakam Data Pesawat (FDR) sudah pun ditemui dan diteliti oleh penyiasat, namun operasi pencarian di laut masih dijalankan untuk mencari unit memori CVR yang terhempas di Laut Jawa.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Semalam, negara dikejutkan dengan kejadian sebuah pesawat terhempas di atas overbridge Persimpangan…
Berita Global
  Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan bahagian mana keupayaan jet pejuang India akan…
Berita Global
"Nasib baik semua 21 penumpang termasuk tiga kru sempat keluar dari pesawat dua enjin itu sebelum…