India gantung jet MiG-21 menjelang 2025

oleh SALINA JALIL|
India akan menggantung penerbangan semua jet pejuang MiG-21 menjelang 2025, susulan kematian dua pegawai dalam siri nahas terbaharunya, membabitkan kegagalan jet enjin tunggal itu, lapor sebuah akhbar, hari ini.


The Times of India memetik pegawai Tentera Udara India yang tidak dinamakan sebagai berkata, MiG-21 sudah terlalu lama digunakan dan perlu diganti sebelum operasinya digantung.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan bahagian mana keupayaan jet pejuang India akan terjejas.

 

Sementara itu, Akhbar Wion berkata, tentera udara mempunyai kira-kira 70 MiG-21.

 

Tentera udara dan kementerian pertahanan sudah membeli pesawat daripada pembuat Barat sejak beberapa tahun lalu.

 

Seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan enggan mengulas laporan Times of India, sebaliknya memberitahu perbincangan mengenai masa depan MiG-21 sedang dibuat susulan kesukaran mendapatkan alat ganti dari Russia berikutan perang di Ukraine.

 

MiG-21 digelar 'keranda terbang' oleh akhbar India adalah jet pejuang utama negara itu sejak diperkenalkan pada 1963 dan dibelenggu nahas, beberapa tahun kemudian.

 

Jet itu menjadi aset keselamatan kritikal infrastruktur ketenteraan India, digunakan sebagai contoh untuk menyerang Pakistan selepas dakwaan serangan berani mati di wilayah Kashmir, pada 2019.

 

Berdasarkan data rasmi dan sumber, nahas pesawat MiG-21 Bison tentera udara di Rajasthan kelmarin, adalah yang keenam sejak tahun lalu, mengorbankan lima pegawai.

 

Pada 2012, Menteri Pertahanan, AK Antony memberitahu parlimen, lebih separuh daripada 872 MiG-21 India musnah akibat terhempas sejak empat dekad sebelumnya.

 

 

- REUTERS

Berita Berkenaan

Berita Global
  "Juruterbang PRC terbang terus di hadapan muncung RC-135 yang sedang menjalankan operasi selamat…
Berita Domestik
    Falcon Air merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan menyewa, menyelenggara dan jual…
Berita Global
  "Ankara kini berada di setiap lapangan termasuk darat, laut, kapal selam, udara dan angkasa…