Pesawat penumpang terhempas, 21 penumpang selamat

oleh SALINA JALIL|
Sebuah pesawat persendirian terhempas sebaik berlepas di Texas, namun semua 21 kru dan penumpang sempat menyelamatkan diri sebelum ia terbakar.


Imej daripada stesen penyiaran tempatan menunjukkan bomba memadamkan kebakaran pesawat itu.

"Nasib baik semua 21 penumpang termasuk tiga kru sempat keluar dari pesawat dua enjin itu sebelum ia terbakar," kata jurucakap bomba dalam satu kenyataan.

 

Ketika kejadian, pesawat McDonnell Douglas itu baru berlepas dari Lapangan Terbang Eksekutif Houston, Brookshire, untuk ke Boston.

 

Difahamkan, ia membawa peminat yang mahu menyaksikan perlawanan besbol antara Houston Astros Boston dan Red Sox, pada petang Selasa. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Selesai siasatan tersebut bangkai helikopter berkenaan akan dinaikkan dipercayai dalam masa…
Berita Global
Ketua Polis Negara Pol Jen Kittirat Panpet mengesahkan kejadian itu dan mengucapkan takziah yang…
Berita Global
Menurut polis kemalangan itu berlaku semasa pesawat sedang menjalankan ujian penerbangan untuk…