Persimpangan Elmina dibuka semula untuk pengguna

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Persimpangan Elmina, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) iaitu laluan keluar dan masuk ke Elmina yang ditutup susulan nahas pesawat semalam telah dibuka semula kepada pengguna bermula jam 3.40 petang tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semalam, negara dikejutkan dengan kejadian sebuah pesawat terhempas di atas overbridge Persimpangan Elmina, Lebuhraya GCE sekitar jam 3 petang.

Susulan itu, penutupan sementara telah dibuat bagi membenarkan kerja-kerja siasatan dan pembersihan dijalankan.

 

2

 

Laluan yang dibuka semula ialah jalan susur masuk dari arah Shah Alam ke Elmina barat, serta susur masuk dari Rawang ke Elmina timur dan susur keluarnya menuju Shah Alam.

Menurut kenyataan PROLINTAS, satu daripada dua lorong jalan dari Elmina barat menuju Rawang ditutup bagi membenarkan kerja-kerja siasatan pihak berkuasa terus dijalankan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pengguna masih boleh melalui laluan berkenaan.

Pasukan Operasi GCE juga telah ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti kerosakan dan menjalankan pembaikan jalan serta-merta.

 

3

 

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum itu telah melakukan kerja-kerja pembersihan jalan turut di jalan tersebut.

Unit Peronda GCE turut ditugaskan di lokasi terbabit bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

Pengguna disaran untuk mematuhi arahan dan papan tanda jalan serta dilarang daripada berhenti atau memperlahankan kenderaan di lokasi kejadian.

Sebarang pertanyaan dan aduan, sila hubungi talian Hotline PROLINTAS di 1 800 22 8888.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penutupan itu adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan siasatan selesai.…