Pesawat komersial pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka selepas tiga tahun

oleh SALINA JALIL|
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini menerima kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa selepas tiga tahun ditutup akibat Covid-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pembukaan semula penerbangan LTAM itu dibuat selepas perbincangan teliti dengan pelbagai pihak di peringkat Persekutuan.

 

Menurut beliau, pengaktifan semula lapangan tersebut dianggap penting bagi menerima lebih ramai pelawat untuk merancakkan semula sektor pelancongan Melaka.

 

“Hari ini merupakan hari pertama LTAM beroperasi dengan menerima penerbangan domestik dan antarabangsa oleh Batik Air.

 

“Batik Air memperkenalkan laluan penerbangan dari atau ke Pulau Pinang dan Pekanbaru di Indonesia melalui LTAM setiap hari.

 

“Ini merupakan berita baik kepada rakyat Melaka, Johor dan Negeri Sembilan untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Sambutan Penerbangan Pertama Batik Air ke Melaka di sini, hari ini, Isnin.

 

Terdahulu, pesawat Batik Air yang membawa 38 penumpang dari Pulau Pinang menjadi penerbangan pertama mendarat di LTAM pada pukul 11.30 pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Pekanbaru dengan membawa 50 penumpang termasuk Muhammad Jailani.

 

Tambah Muhammad Jailani, Melaka akan meneroka pasaran baharu membabitkan pelancong dari India dan Brunei.

 

Jelasnya, pasaran baharu itu penting bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pelawat dari Asia Timur seperti China, Taiwan dan Jepun.

 

“Melaka merekodkan kehadiran pelancong seramai 2.48 juta orang setakat Jun lepas iaitu peningkatan sebanyak 234 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” jelasnya. 

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud, insiden melibatkan pesawat…
Informasi
"Sebab itu ...saya sedang merangka 'hitam putih' (memorandum persefahaman) yang antara isinya ialah…
Berita Domestik
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka,…