Tiada perjanjian rasmi punca syarikat penerbangan tamatkan operasi di LTAM sesuka hati

oleh Penyumbang Rencana|
Ketiadaan perjanjian rasmi dengan kerajaan negeri menjadi punca syarikat penerbangan komersial bertindak sesuka hati menamatkan perkhidmatan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di Melaka.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata perkara itu secara tidak langsung mendorong kepada kegagalan LTAM beroperasi seperti yang dirancang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sebab itu ...saya sedang merangka 'hitam putih' (memorandum persefahaman) yang antara isinya ialah tempoh operasi sama ada satu hingga tiga tahun dan mereka tak boleh tamatkan perkhidmatan sesuka hati," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 yang dipengerusikan Exco Pelancongan Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman di LTAM pada Isnin.

Beliau berkata setakat ini, tujuh syarikat penerbangan komersial termasuk dari Indonesia dan Singapura sudah dipelawa beroperasi di LTAM.

"Walaupun memorandum persefahaman ini masih dalam perbincangan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kita mahu pastikan ia diwujudkan dan bukan lagi sekadar perjanjian mulut seperti dulu," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan LTAM telah menghentikan operasi pesawat komersial dengan penerbangan terakhir ke Pulau Pinang pada Jun lepas manakala dari Pekan Baru, Indonesia pada 16 Ogos.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud, insiden melibatkan pesawat…
Berita Domestik
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka,…
Informasi
  Menurutnya, pihak berkenaan memaklumkan akan memberikan laporan penuh mengenai pengoperasian…