Pesawat latihan tertanggal tayar semasa mendarat

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah pesawat yang sedang menjalani latihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka dipercayai gagal mendarat dengan baik hingga menyebabkan tayar hadapan tertanggal dalam kejadian pada jam 3.07 petang, pada Selasa.

Kejadian tersebut disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud, insiden melibatkan pesawat latihan jenis Piper PA-28-181 yang dikendalikan oleh International Aero Training Academy (IATAC).

Beliau menambah, pesawat latihan dengan nombor pendaftaran 9M-ITX itu bagaimanapun telah dialihkan dari landasan pada pukul 3.35 petang dan dibawa ke hangar berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

"Insiden ini melibatkan seorang juruterbang pelatih dan beliau dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Lapangan terbang tersebut kembali beroperasi pada pukul 4.12 petang selepas semua pemeriksaan keselamatan selesai dilakukan," katanya dalam kenyataan itu pada Selasa,

Norazman berkata siasatan lanjut berhubung insiden itu dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam insiden jam 1.45 tengah hari itu, juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu…
Berita Global
Menerusi syarikat Honda Aircraft Company, Honda baru-baru ini mengumumkan pengedaran pesawat…
Berita Domestik
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat masih belum dikeluarkan dari serpihan…